Bagaimana cara menghindari penyakit hasad
dengki, cemburu, dendam dan seumpamanya?
Menurut al-Zubair bin al-‘Awwam
r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Telah menimpa ke atas kamu penyakit umat terdahulu,
iaitu hasad dan benci, iaitu perasaan benci menyebabkan seseorang meninggalkan
agama.” –Hadis hasan riwayat al-Tirmizi.
Cara menghindari penyakit
ini:
1. Rendahkan diri kepada ALLAH SWT dan banyakkan
berdoa:
Allahummahdi qalbi waslul sakhiimati
sodri
Maksudnya: “Ya ALLAH, tunjukkan hatiku ke jalan yang benar
dan keluarkan segala penyakit hati dari diriku.”
2. Kajilah al-Quran dan
banyakkan membaca ayat-ayat berkaitan hasad. Mudah-mudahan hati bergetar dan
menambahkan ketakutan dalam diri.
3. Banyak membaca sejarah kehidupan
Nabi s.a.w tentang cara baginda menjauhi sifat itu seperti Kitab Nurul Yakin fi
Sirah Sayyid al-Mursalin.
4. Membaca kisah para sahabat mengenai adab dan
akhlak mereka seperti Kitab Suwar Min Hayat al-Sahabah, karya Abdul Rahman
Ra’fat al-Basha.
5. Apabila syaitan cuba menimbulkan perasaan itu dalam
diri kamu, segeralah membaca isti’azah.
6. Jangan risau kejahatan yang
dimainkan oleh hati kerana ia tidak dihisab.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah
r.h berkata: “Tidak dihisab terhadap apa yang dimainkan dalam diri manusia.
Tetapi, dia dihisab atas apa yang dikatakan atau dilakukannya.”
7. Banyak
memberi hadiah dan salam kepada orang yang dihasad untuk menimbulkan perasaan
sayang.
Sabda Nabi s.a.w: “Mahukah aku ajar kepada kamu suatu perkara
jika kamu lakukan bersama-sama akan menambahkan kasih sayang, iaitu sentiasa
memberi salam antara kamu.”
–Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan
al-Tirmizi.
Wallahua’lam.
Ustaz Mohd Noor
No comments:
Post a Comment