Lurvely Fish

Tuesday 23 October 2012

..SubhanAllah..





1..Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :

Nabi Ismail AS.


3..Orang yang pertama berkhatan :

Nabi Ibrahim AS.


4..Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :

Nabi Ibrahim AS.

5..Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :


Nabi Adam AS.


6..Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :


Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)


7..Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :


Nabi Muhammad SAW


8..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA


9..Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA


10..Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:


Al-Hasan bin Ali RA


11..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA


12..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :


Al-Harith bin Abi Halah RA


13..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:


Sumayyah binti Khabbat RA


14.. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :


Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA


15..Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :

Saad bin Abi Waqqas RA


16..Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:


Bilal bin Rabah RA


17..Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :


Ali bin Abi Tholib RA


18..Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:


Tamim Ad-dary RA


19..Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-

Awwam RA


20..Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA


21..Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :


Khadijah binti Khuwailid RA


22.. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH



23..Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:

Ali bin Abi Tholib RA


24..Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :


Muawayah bin Abi Sufyan RA


25..Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :


Harun Ar-Rasyid RH


26..Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA


27..Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:



Ali bn Abi Tholib RA


28..Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :


Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH


29..Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA


30..Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat maya..baca dan hayatilah..kongsi dan sebarkanlah..semoga kita mendapat keberkatan dari-NYA
bersama2..InsyAllah..

Thursday 11 October 2012

7 Golongan Yang Mendapat Lindungan Arasy Allah

Bismillahirrahmanirrahim..

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

1. Pemimpin (imam) yang adil.

Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.

Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajiblima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.

6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah). Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.

7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu..