Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Senyumam kepada saudaramu adalah sedekah"
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10
sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk
Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan
pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)
Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Adalah Rasululluh
s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan,
Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan
(beramal) pada malam hari. (Riwayat Muttfaq Alaihi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa
berpuasa) maka Allah
s.w.t. tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan
minumnya. (Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu pada bulan (Ramadhan) itu,
adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70 bulan fardhu pada
bulan-bulan lainnya.
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan
(maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat
kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"
Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang itu
membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan sedekah (saling
membantu) memasukkan kamu kedalamnya"
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya (Aidil Fitri) dengan ikhlas
kerana Allah s.w.t., maka
tidak akan mati hatinya saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah
dari Abu Umamah)
Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang
berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan
Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa
orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud
&al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia berpuasa, lalu ia makan dan
minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah
diberi makan dan minum oleh Allah
s.w.t." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian
kamu bertaubat nescaya Allah
s.w.t. memberi keampunan kepada maku" (Riwayat Ibn
Majab)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi
puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha (perkataan tidak berguna) dan
kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali
(berturut-turut) makan Allah
s.w.t. mengecap hatinya (sebagai
munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)" (Riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya,
melainkan Allah s.w.t.
akan memberi pada rasa lazat beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad &
Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah (gosok gigi) diwaktu pagi dan
jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orang puasa yang kering bibirnya
diwaktu petang melainkan akan menjadi cahaya didepan matanya pada hari kiamat"
(Riwayat Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Allah s.w.t.
telah berfirman: Hamba-Ku yang lebih Aku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika telah
nyata maghrib)" (Riwayat Al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang amat ringan dosanya sama
dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya" (Riwayat Al-Hakim &
Al-Baihaqi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam
antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat" (Riwayat Muslim & Abu
Daud)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yang mengetahui, lebih
berat disisi Allah
s.w.t.daripada dosanya tiga puluh enam kali penzinaan"
(Riwayat Ahmad & Al-Tabrani dari Abdullah bin Hanzalah r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Barangsiapa yang berperang untuk menegakkan kalimat (agama)
Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah" (Riwayat Bukhari, Muslim &Abu
Daud dari Abu musa al-Asyari r.a)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang jirannya tidak aman dari
gangguan-gangguannya" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sinarilah rumah kamu dengan mendirikan sembahyang dan membaca
Al-Quran" (Riwayat Al-Baihaqi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Roh orang mukmin akan tergantung dengan sebab hutangnya sehinggalah
diselesaikan hutang tersebut" (Riwayat Ahmad,Al-Tarmizi,Ibn Majah &
Al-hakim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Jika seorang berzina maka keluarlah iman daripadanya bagaikan payung
diatas kepalanya dan bila menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya"
(Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi & Al-Tarmizi)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sekiranya tidak menjadi keberatan
kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi (menggosok gigi) setiap kali
mereka hendak mengambil wudhu" (Riwayat Ahmad, Malik & An-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan
takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada
Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap baik ataupun
diam" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang benar beriman kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah
mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat
Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai anak perempuan dan tidak membunuhnya
hidup-hidup, tidak menghinakannya dan tidak sayang anak lelakinya melebihi anak
perempuan, nescaya akan dimasukkan dia kedalam syurga" (Riwayat Abu Daud &
Al-Hakim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Berapa banyak jiran yang memegang tetangganya pada hari kiamat untuk
diajukan kepada Allah
s.w.t. lalu berkata: Ya Allah
orang ini telah menutup pintunya daripadaku dan tidak membantu aku" (Riwayat
Bukhari)
Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w
pernah bersabda: "Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa satu bulan cukup
kecuali bulan Ramadhan dan saya juga tidak melihat Baginda
s.a.w. berpuasa pada bulan lain lebih banyak dari bulan Syaaban" (Riwayat
Al-Bukhari & Muslim)
Dari Ayub al-Ansari, Nabi Muhammad
s.a.w pernah bersabda: "Jangan kamu mengadap kiblat dan jangan
membelakangi ketika membuang najis atau air kencing, tetapi hendaklah kamu
menhalakan diri kearah timur atau barat" (Riwayat Abu Daud)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Seorang Mukmin melihat dosanya bagaikan seorang duduk dibawah gunung
dan takut kejatuhan gunung itu" (Riwayat Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Firman Allah s.w.t. {Dalam Hadis Qudsi} "Wahai anak
Adam belanjakanlah harta kamu, nescaya akan digantikan semula oleh Allah kepadamu" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Keberkatan sesuatu makanan itu ialah dengan berwuduk sebelum dan
selepas makan" (Riwayat Ahmad, Daud, Al-Tarmizi & Hakim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya
itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan
dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan" (Riwayat
Abu Ya'la dari Anas r.a.)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t. akan merahmati seorang yang
lapang dadanya ketika menjual,membeli dan menagih hutang" (Riwayat Bukhari dari
Jabir r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu sembahyang fardhu lalu
dia menyempurnakan wuduk dan khusyuk serta rukuk,sujudnya melainkan sembahyang
itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar
dan yang demikian itu sepanjang masa" (Riwayat Muslim dari Uthman
r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada dua malaikat yang mencatat amal itu menghadap Allah
s.w.t. membawa sembahyang
seorang dua kali sembahyang, melainkan
Allah s.w.t. berkata pada dua malaikat itu: Aku persaksikan kepada kamu bahawa Aku
telah mengampunkan pada hamba-Ku dosa-dosa
yang telah terjadi diantara dua sembahyang itu" (Riwayat Al-Baihaqi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai
keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya
untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari
kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)
Daripada Kaab bin Iyad r.a. katanya, aku mendengar
bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah
harta" (Riwayat Al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiap orang yang diberikan Allah
s.w.t. ilmu agama, lalau
disembunyikan maka Allah
s.w.t. mengendalikan mulutnya
pada hari kiamat dengan kendali dari api neraka" (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn
Mas'ud r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa
yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan
kekeluargaan" (Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq
r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang bersendirian
dua puluh tujuh darjah" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Jika berdiri bulu roma seorang hamba Allah, maka akan berguguran
daripadanya dosa-dosanya bagaikan gugurnya daun dari pokok yang telah kering"
(Riwayat Abu Syaikh & Al-Baihaqi dari Abbad bin Abdul Muttalib
r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesiapa yang membaca (Surah Al-Ikhlas) dalam kesakitan dan matinya
,tiadalah dia akan menderita fitnah didalam kubur, terpelihara dari tekanan
kubur dan dihari kiamat kelak dia akan dipapah oleh malaikat dengan telapak
tangan hingga terlepas dari titian (sirat) dan selamat dia memasuki syurga"
(Riwayat Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Dan perumpamaan orang yang datang terlebih dahulu (ke Masjid pada
hari Jumaat) bagaikan orang yang sedekah unta, kemudian bagaikan yang sedekah
lembu, kemudian bagaikan sedekah kambing, kemudian bagaikan sedekah ayam,
kemudian bagaikan sedekah telur" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Ketika Allah
s.w.t. telah selesai menjadikan semua makhluk, maka menulis
tulisan yang ada diatas Arsy yang berbunyi:Rahmat-Ku
mendahului murka-Ku (Rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku)"
(Riwayat Bukhari, Muslim & Ibn Majah)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Seandainya seorang kamu keluar membawa tali (kehutan) lalu pulang
membawa seberkas kayu api lantas kayu itu dijualnya dimana dia dapat
kehormatannya, maka perbuatan itu adalah lebih baik daripada dia meminta-minta,
sama ada diberi ataupun tidak" (Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari tiga
hari tiga malam, maka siapa yang memulau lebih dari tiga hati tiga malam lalu
mati akan masuk kedalam api neraka" (Riwayat Abu Daud &
Al-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa wuduk pada hal dia masih berwuduk maka dicatat untuknya sepuluh
hasanat (kebajikan)" (Riwayat Abu Daud dari Ibn Umar r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesiapa yang berwuduk pada hari Jumaat maka menyempurnakan wuduknya
kemudian pergi kemasjid untuk solat Jumaat dan mendengarkan khutbah dan
memperhatikannya, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat
itu dengan Jumaat yang sebelumnya" (Riwayat Muslim & Ahmad)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang Mukmin yang paling sempurna
imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya..."(Riwayat Al-Bukhari &
Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat ditengah malam dapat menghapuskan
dosa-dosa" (Riwayat Ad-Dailami dari Jabir r.a)
Dari Ummu Mukminin Aisyah r.a. "Pilihlah tempat air mani
kamu dan nikahilah orang-orang yang sepadan" (Riwayat Ibnu Majah daripada Imam
Al-Hakimi)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sebaik-baik saf bagi orang lelaki ialah
dihadapan dan seburuk-buruknya ialah dibelakang. Sebaik-baik saf bagi orang
perempuan ialah dibelakang dan seburuk-buruknya dihadapan" (Riwayat
Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada dosa yang lebih besar disisi Allah s.w.t. sesudah syurik daripada titisan
mani yang diletakkan didalam rahim yang haram baginya" (Riwayat Ibn Abid
Dunya)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya yang berzina atau minum khamar maka terlepaslah iman
daripadanya sebagaimana orang melepaskan gamis (baju) dari kepalanya" (Riwayat
Al-Hakim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah s.w.t. Sya'aban bulanku dan Ramadhan
bulan umatku" (Riwayat Abu Al-Fatah bin Abu Al-Fawaris)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang Jumaat adalah
sudah baik (memadai) akan tetapi siapa yang mandi,maka adalah terlebih baik"
(Riwayat Abu Daud)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap malam, maka tidak
akan menderita kemiskinan untuk selamanya" (Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn Mas'ud
r.a)
Dari Anas r.a. katanya bahawa Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang tidur atau terlupa hingga
luput sembahyang hendaklah dia menunaikan (sembahyang) sebaik-baik sahaja dia
ingat (sedar) kembali" (Riwayat Al-Bukhari)
"Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan
lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk, sedangkan wanita-wanita yang
baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik" (Surah
An-Nur : 26)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Pedagang yang amanah, yang jujur, yang Muslim, kelak pada hari kiamat
akan berkumpul dengan para syuhada (orang-orang yang mati syahid)" (Riwayat
Al-Hakim & Ibn Majah dari Ibn Umar r.a)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan
Allah s.w.t. akan
menyelamatkannya dari ujian kubur" (Riwayat Ahmad & Al-Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila manusia membaca ayat Syajadah
kemudian sujud, terhindarlah syaitan laknatullah seraya menangis dan
berkata,'celakalah aku, disuruh manusia (anak Adam) sujud, sujudlah dia,
balasannya syurga. Saya juga disuruhnya sujud,tetapi saya enggan maka balasannya
bagi saya ialah neraka" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Pilihlah untuk tempat nuthfah kamu atau air mani kamu, kerana
pembuluh darah ini merupakan sinar pancaran" (Riwayat Ibn Majah dan
Ad-Dailami)
"Carilah tempat-tempat yang sepadan untuk air mani kamu
kerana seseorang itu boleh jadi akan lebih menyerupai keluarga pihak isteri"
(Mutiara Kata)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh
Allah s.w.t. seksanya
didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan
memutuskan hubungan kekeluargaan" (Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu
Bakar Al-Siddiq r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Bukan seorang Mukmin orang yang kenyang sedangkan tetangga
disebelahnya kelaparan (sedang dia mengetahui)" (Riwayat Al-Hakim &
Al-Baihaqi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Kahwinilah wanita-wanita yang berada didalam lingkup/naungan yang
baik kerana pembuluh darah itu laksana cahaya" (Riwayat Ibn-'Adi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharam"
(Riwayat Muslim, Bukhari, Abu Daud, Tarmizi,Nasai & Ibn Majah)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Janganlah engkau nikahi orang-orang yang masih berkerabat kerana anak
dicipta laksana cahaya. Carilah wanita-wanita yang jauh dan janganlah engkau
memilih yang dekat hubungannya" (Riwayat Ahmad, Malik &
Al-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang
selalu berzina dan bau kemaluan pelacur didalam neraka dapat mengganggu ahli
neraka lainnya kerana sangar busuk" (Riwayat Al-Bazzar)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang
dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad
fisabilillah dan mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat
kerana takutkan Allah
s.w.t." (Riwayat Abu Naim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai pakaian cantik dan bersegak
tetapi ia adalah dengan ketenangan (sopan santun) dan merendah diri" (Riwayat
Ad-Dailami)
Usamah bin Zaid r.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang
meninggalkan sembahyang Jumaat hingga tiga kali tanpa uzur,maka akan dicatat
dari golongan orang munafik" (Riwayat Al-Tabrani)
Dari Abu Dzar al-Ghifari r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Wahai Abu Dzai, jika
engkau hendak berpuasa tiga hari sebulan puasalah pada 13,14 dan 15"(Riwayat
Ahmad & Al-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Empat (macam manusia) tidak Allah
s.w.t. masukkan merka ke syurga dan tidak akan merasai
kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak
yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibu bapanya" (Riwayat Al-Hakimi)
Dari Abu Qatadah ketika Nabi Muhammad
s.a.w tentang hari Asyura bahawasanya Nabi Muhammad
s.a.w menjawab: "Puasa hari Asura boleh menghapuskan dosa satu tahun
yang lalu" (Riwayat Muslim)
Allah s.w.t.
berfirman: "Harta dan anak-anak itu perhiasan penghidupan dunia tetapi amal-amal
soleh yang tinggal (buahnya) itu lebih baik disisi Tuhanmu tentang ganjarannya
dan tentang harapannya" (Surah Kahfi:46)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Barangsiapa yang memelihara sembahyang lima waktu dengan sempurna
wuduknya dan diwaktunya, adalah baginya cahaya dan tanda pada hari akhirat dan
barangsiapa mensia-siakan, nescaya dikumpulkan ia (kelak dineraka) dengan Firaun
dan Hamam" (Riwayat Ahmad)
Allah s.w.t.
berfirman: "Dan orang-orang yang berkata'Ya Tuhan, anugerahkan lah kepada kami
isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan
jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang bertakwa" (Surah
Furqan:74)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim
yang lain iaitu lima perkara, menajwab salam, melawat orang sakit, mengiringi
jenazah, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin" (Riwayat Al-Bukhari
& Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Setiap isteri yang minta cerai dari suaminya tanpa apa-apa (tanpa
alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga" (Riwayat Abu Daud
& Al-Tirmizi)
Dari Ibn Umar r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Ingatlah tiap sesuatu yang memabukkan
itu khamar (arak) dan tiap khamar itu haram" (Riwayat Ahmad & Abu
Ya'la)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang menjadi saksi untuk merugikan seseorang dengan persaksian
yang tidak benar, maka hendaklah menyiapkan tempatnya dalam neraka" (Riwayat
Ahmad dari Abu Hurairah r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesiapa yang mebuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka
sesungguhnya ia mendapat redha Allah
s.w.t. Sesiapa yang menyakiti
hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian
Allah s.w.t."
(Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Bila tertusuk seorang dengan jarum kecil atau jarum besar dari besi,
maka baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya" (Riwayat
Al-Tabrani dari Ma'qil bin Yasar r.a.)
Allah s.w.t. berfirman: "Dia bersembunyi dari manusia lantaran
kejahatan yang dikhabarkan kepadanya, apakah dia akan pelihara dia dalam
kehinaan ataukah dia akan sumbat dia dalam tanah? Sungguh jelek apa yang mereka
hukumkan" (Surah An-Nahl:59)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Semua dosa-dosa dilambatkan Allah
s.w.t. (pembalasannya) sesukanya dari akhirat melainkan
derhaka kepada kedua ibubapa maka sesungguhnya Allah s.w.t.menyegerakan (bala siksaan) bagi
yang bersangkutan sewaktu hayatnya didunia ini sebelum matinya" (Riwayat
Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Orang yang mencekik dirinya sendiri sampai mati akan mencekiknya juga
didalam neraka, dan orang yang menikam dirinya juga akan menikam dirinya dalam
neraka dan orang yang melemparkan diri dari tempat tinggi untuk membunuh diri
maka akan selalu dia melemparkan dirinya didalam neraka" (Riwayat Bukhari &
Abu Hurairah r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa hingga dosamu mencapai langit, kemudian
kamu bertaubat, nescaya Allah
s.w.t. memberi ampun kepada kamu" (Riwayat ibn
Majah)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tidak akan berzina seorang pelacur semasa berzina jika dia beriman,
dan tidak akan minum khamar (arak) ketika meminumnya jika beriman dan tidak akan
mencuri seorang pencuri jika dia beriman" (Riwayat Bukhari &
Muslim)
Allah s.w.t.. telah berfiman "Dan sesungguhnya telah datang
utusan-utusan Kami kepada Ibrahim dengan (membawa)
khabar gembira sambil mereka berkata: "Selamatlah"Dia menjawab: "Selamat" Surah
Hus:69)
Berkata Umar Ibn Abdul Aziz bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang itu
membawa kamu menempuh ketengah jalan,puasa memajukan kamu kehadapan pintu dan
sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya."
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat ditengah malam dapat menghapuskan
dosa-dosa" (Riwayat Ad-Dailami dari Jabir r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan
sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang
suka bertaubat" (Riwayat Al-Tirmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya kamu sekelian pada hari kiamat akan dipanggil dengan
nama kamu sendiri dan nama bapa kamu,kerana itu hendaklah kamu perindahkan nama
kamu" (Riwayat Abu Daud)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesiapa yang menyiapkan keperluan orang yang berjihad fisabillah maka
bererti dia telah berjihad dan siapa yang menjaga keluarga orang yang pergi
berjihad dengan baik maka bererti dia telah ikut berjihad fisabilillah" (Riwayat
Bukhari & Muslim dari Zaid bin Khalid al-Juhani)
Dari Abu Qatabah bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Puas pada hari Arafah itu boleh
menghapuskan dosa yang dikerjakan selama dua tahun iaitu tahun yang telah lalu
dan tahun yang akan datang" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Dosa yang paling besar ialah syirik, derhaka pada ibu bapa dan
membunuh orang tanpa hak" (Riwayat Anas r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sebaik-baik puasa ialah puasa Nabi Daud Alai-His-Salam, ia berpuasa
sehari dan berbuka sehari..."(riwayat Al-Tirmizi & Al-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Gunakanlah lima sebelum tibanya lima iaitu gunakan masa mudamu
sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa
miskinmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum masa
matimu" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Setiap bayi tergadai pada akidahnya, disembelih pada hari ketujuh dan
pada hari itu pula dicukurkan dia dan diberi nama" (Riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Untuk bayi lelaki dua ekor kambing kibas dan untuk bayi perempuan
seekor kambing kibas dan tidaklah merugikan kamu yang jantan atau pun yang
betina" (Riwayat Ahmad dan Al-Tirmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya Allah
s.w.t. telah menutup Surah Al-Baqarah dengan dua ayat yang
diberikan kepadaku dari perbendaharaan dibawah Arsy, amka pelajari olehmu dan
ajarkan pada isteri dan anak-anakmu sebab itu sebagai solat dan basaan serta
doa" (Riwayat Al-Hakim dari Abu Dzar r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesiapa yang menjual sesuatu yang ada aibnya lalu tidak dijelaskan
kepada pembelinya maka tetap berada dalam murka Allah s.w.t. dan selalu dikutuk oleh
malaikat" (Riwayat Ibn-Majah)
Allah s.w.t.
berfirman "Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh,
iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan" (Surah
Al-Baqarah:233)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Pakailah antara pakaianmu yang putih, kerana sesungguhnya pakaian
putih itu lebih suci dan lebih baik dan kapanlah orang-orang mati kamu dengan
kain putih" (Riwayat Ahmad)
Dari Kaab bin Iyad r.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya bagi
tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta" (Riwayat
Al-Tirmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "SesungguhnyaAllah
s.w.t. tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum
nazak dan mati" (Riwayat Al-Tirmizi dari Ibn Umar r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang berperang untuk menegakkan khalimat Allah s.w.t. maka
itu fisabi lillah" (Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Musa al-Asyari
r.a.)
Allah s.w.t. telah
berfirman "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana apa yang telah
Allah lebihkan sebahagian mereka diatas yang lain dan
kerana belanja yang telah mereka keluarkan daripada harta mereka" (Surah
An-Nisa:34)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang beriman kepada Allah
s.w.t. dan hari kemudian maka
janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran"
(Riwayat Bukhari) Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tidak akan masuk neraka orang yang didalam hatinya ada seberat biji
sawi daripada iman dan tidak akan masuk syurga yang didalam hatinya ada seberat
biji sawi dari sombong" (Riwayat Muslim & Abu Daud)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Kalau tidak kerana ada wanita dan
anak-anak didalam rumah sedangkan aku bersembahyang isya, nescaya aku suruh
pemudaku membakar rumah-rumah (yang penghuninya tidak hadir berjemaah itu)"
(Riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Lima macam dosa yang tidak ada tebusannya iaitu Syirik terhadap
Allah s.w.t., membunuh
orang tanpa hak, membuat tuduhan palsu terhadap seorang Muslim, lari dari
barisan Muslimin dalam peperangan dan sumpah palsu untuk mengambil hak orang
lain" (Riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang membaca seratus ayat (dari Al-Quran) pada suatu malam, maka akan dicatat pahalanya
seperti pahala sembahyang semalam" (Riwayat Ahmad dari Tamim r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat
sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)
Allah s.w.t.
berfirman "Wahai orang-orang yang beriman!janganlah kamu mengangkat suara kamu
keatas suara Nabi" (Surah Al-Hujurat:3)
Allah s.w.t.
berfirman "Sesungguhnya Allah tiada menyukai orang
yang sombong lagi mengangkat diri" (Surah Luqman:18)
Allah s.w.t.
berfirman "Wahai jiwa yang tenang tenteram!kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai, maka masuklah
kedalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah kedalam
syurga" (Surah Al-Fajr:27-30)
Ali bin Abu Talin k.w.j berkata Allah s.w.t. berfirman "Allah yang mengambil jiwa (manusia) ketika wafatnya dan
ketika tidurnya sebelum wafat, lalu ditahan-Nya jiwa
yang telah wafat, serta dilepaskan-Nya jiwa yang lain
sampai kejanji yang ditentukan" (Surah Az-Zumar:42)
Nabi Muhammad s.a.w membaca
firman Allah
s.w.t. bermaksud: "Barangsiapa
yang mempersekutu Allah,
maka seolah-olah dia jatuh dari langit, lalu disambar oleh burung, ataupun dia
akan menjunam dibawa angin ketempat yang paling jauh" (Surah
Al-A'araf:40)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada dibunuh jiwa secara aniaya,melainkan keatas anak Adam yang
pertama jaminan darahnya, disebabkan dialah orang pertama yang memulakan
pembunuhan itu"
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Apabila kamu bersembahyang keatas si mati, hendaklah kamu
mengikhlaskan doa kepadanya" (Riwayat Abu Hurairah r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Salam sejahtera keatas kamu, wahai penghuni kubur dari kaum Mukminin
dan Muslimin, dan kamu Insya-Allah akan mengikuti kamu, kami memohon keselamatan
untuk kami dan kamu juga!" (Riwayat Buraidah bin Al-Khushaib)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Apabila mati seseorang hamba, maka terputuslah amalannya kecuali dari
tiga: Sedekah yang jariyah (terus-menerus manfaatnya), ataupun anak yang soleh
mendoakan baginya, ataupun ilmu yang dimanfaatkan sesudah itu"
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada boleh seorang bersolat bagi pihak yang lain, dan tiada boleh
seseorang berpuasa bagi pihak yang lain, akan tetapi dia hendaklah memberi
makanan setiap satu mud (gantang Baghdad) dari gandum"
Allah s.w.t. berfirman "Barangsiapa yang membuat perbuatan baik sebesar
atom akan dilihat-Nya, Dan barangsiapa yang membuat
perbuatan jahat sebesar atom akan dilihat-Nya juga"
(Surah Az-Zalzalah:7-8)
Allah s.w.t. berfirman "Walai manusia, sesungguhnya engkau mesti
bekerja keras dengan bersungguh-sungguh menuju kepada Tuhanmu yang akan engkau
menemui-Nya" (Surah Al-Insyiqaq:6)
Allah s.w.t.
berfirman "Jika kamu bertelingkah pendapat pada sesuatu, maka kembalilah dia
kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada
Allah dan hari akhirat, kerana itulah yang lebih
baik, dan lebih bagus kesudahannya" (Surah An-Nisa:59)
Allah s.w.t.
berfirman "Dan ketika Tuhanmu menjadi keturunan anak-anak dari punggungmu, dan
Tuhan mengambil kesaksian dari mereka, kata-Nya, Bukankah aku ini Tuhan
kamu? Mereka menjawab: Ya! Kamu menjadi saksi" (Surah
Al-Araf:172)
Allah s.w.t. berfirman "Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan
betul, ciptaan Tuhan yang telah menjadikan manusia
sesuai dengan agama itu, tiada pertukaran bagi ciptaan Tuhan itu" (Surah Ar-Rum:30)
Allah s.w.t.
berfirman "Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan betul, ciptaan Tuhan
yang telah menjadikan manusia sesuai dengan agama itu, tiada pertukaran bagi
ciptaan Tuhan itu" (Surah Ar-Rum:30)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Kamu akan dapati sejahat-jahat orang itu ialah yang bermuka dua, yang
datang kesini dengan satu muka dan kesana dengan satu muka lain" (Riwayat
Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Orang iktikaf itu bererti mengurangkan dosa-dosa dan berlaku pahala
untuknya bagaikan pahala orang yang melakukan semua hasnat (kebajikan)" (Riwayat
Al-Baihaqi & Ibn Majah dari Ibn Abbas r.a.)
Allah s.w.t. berfirman "Wahai manusia! Kalau kamu masih ragu tentang
hari kebangkitan, maka ketahuilah bahawa Kamilah yang
mencipta kamu dari tanah, kemudian dari setitik air mani" (Surah
Al-Hajj:5)
Allah s.w.t. berfirman "Dan ketika kamu mengatakan: Hai Musa! Kami
tidak akan percaya kepada kamu sehingga kami melihat Allah
secara terang-terang, lalu kerana itu kamu disambar petir, sedangkan kamu
ada melihatnya" (Surah Al-Baqarah:55)
Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Kami
telah menjadikan manusia dari sari ranah. Kemudian kami jadikan dari tanah itu
air mani yang tersimpan didalam tempat simpanan yang teguh" (Surah
Al-Mukminun:12-13)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya telah datang kepada manusia suatu masa, ketika itu dia
belum ada sesuatu apa pun yang dapat disebut" (Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Hassan
bin Ali r.a.)
Allah s.w.t. berfirman "Dan Tuhan mengeluarkan kamu dari perut-perut
ibu kamu, sedangkan kamu tiada mengetahui apa pun, lalu dijadikan bagi kamu
pendengaran, penglihatan dan hati moga-moga kamu berterima kasih" (Surah
Al-Nahl:78)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa puasa) maka
Allah s.w.t. tidak
berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya" (Riwayat
Bukhari)
Allah s.w.t.. berfirman "Katakanlah, bahawa Malaikat Maut yang telah
diserahi perkara kamu akan mewafatkan kamu, kemudian itu kamu akan kembali pada
Tuhan kamu" (Surah As-Sajadah:11)
Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan
keterangan Kami, dan memandang rendah terhadapnya, tidak akan dibukakan
pintu-pintu langit kepada mereka" (Surah Al-Araf:40)
Allah s.w.t. berfirman "Diatas orang yang berpengetahuan itu ada lagi
yang Maha Tahu" (Surah Yusuf:78)
Allah s.w.t.. berfirman "Dan diantara kamu ada yang disampaikan Allah kepada usia tua bangka, supaya dia tiada ketahui lagi
sesuatu yang dahulunya dia katahui" (Surah Al-Nahl:70)
Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi
tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah
Ar-Rad:28)
Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan
dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada
Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Bukan dari umatku orang yang percaya nasib pada burung atau
diusahakan dengan burung atau berdukun atau didukunkan atau menyihir atau
disihirkan untuknya. Dan siapa yang datang kepada dukun lalu yakin kepadanya
bererti telah kafir terhadap apa yang diturunkan pada Nabi
Muhammad s.a.w "(Riwayat Al-Bazzar dari Imran bin Hushain)
Allah s.w.t. berfirman "Kalau tiada kerana kemurahan dan rahmat Allah kepada kamu, nescaya tiada seorang pun diantara kamu
yang suci buat selama-lamanya" (Surah An-Nur:21)
Allah s.w.t. berfirman "Syaitan itu menjanjikan kemiskinan kepada kamu,
dari menyuruh kamu mengerjakan perbuatan yang keji" (Surah
Al-Baqarah:268)
Allah s.w.t. berfirman "Hanyasanya Allah
akan menerima amalan itu daripada orang-orang yang bertakwa" (Surah
Al-Maidah:27)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya saat yang paling mustajab (berdoa) itu diantara duduk
imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat" (Riwayat Muslim &
Abu Daud)
Allah s.w.t. berfirman "Jika engkau membaca Al-Quran, maka mohonlah perlindungan
Allah daripada syaitan yang terkutuk" (Surah An-Nahl:98)
Allah s.w.t. berfirman "Dan kalau syaitan (orang jahat) membisikkan
kepada engkau sesuatu kejahatan, maka berlindunglah kepada
Allah, sesungguhnya dia itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah
As-Sajadah:36)
Allah s.w.t. berfirman "(Mereka bersumpah):Kami hanya mengkehendaki
niat baik dan taufik! Mereka itulah orang-orang yang diketahui Allah akan isi hati mereka" (Surah
An-Nisa:62-63)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tiada dikira Mukmin yang sempurna keimanannya, orang yang tidak
menganggap bala itu nikmat dan kemewahan itu musibah (bala)" (Riwayat
al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa pada suatu malam dia mengalami kesakitan dimana dia bersabar
dan redha kepada ketentuan Allah
s.w.t. maka terkeluarlah dia
daripada dosa-dosanya seperti keadaan dikala dia dilahirkan ibunya" (Riwayat
Al-Hakim)
Allah s.w.t. berfirman "Dan katakanlah:Tuhanku!Aku berlindung diri kepada
Engkau daripada bisikan syaitan. Dan aku berlindung diri kepada Engkau, Tuhanku, supaya mereka
tiada mendekatiku" (Surah Al-Mukminun:97-98)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesiapa yang mati tidak sempat menqadha'kan puasanya hendaklah
keluarganya (walinya) menggantikan puasa tersebut" (Riwayat Al-Bukhari &
Muslim)
Dari Imam Ahmad bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Seburuk-buruk yang terdapat pada jiwa
manusia iaitu sifat pengecut yang menanggalkan dan sifat kikir yang melampau"
(Riwayat Amru bin al-Ash r.a.)
Allah s.w.t. berfirman "Dan janganlah engkau menjadikan tanganmu
terbelenggu ketengkukmu, dan jangan pula bentangkannya seluas-luasnya, sehingga
engkau duduk tercela dan sensara" (Surah Al-Isra:29)
Allah s.w.t. berfirman "Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya
melampaui batas, dan tiada pula bersifat kikir, tetapi pertengahan antara
keduanya" (Surah Al-Furwan:67)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika
kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya" (Riwayat
Al-Tabrani)
Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya manusia itu dicipta sentiasa
gelisah. Jika disinggung bahaya dia berkeluh kesah, Dan jika disinggung kebaikan
dia kikir pula" (Surah Al-Maarif:19-21)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Takutlah firasat orang Mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan
cahaya daripada Allah
s.w.t."
Allah s.w.t. berfirman "Dan ketahuilah bahawasanya
Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah
dengan Tuhan" (Surah Al-Baqarah:235)
Allah s.w.t.
berfirman "Dan kenanglah kurnia kepada kamu dan ingatlah
perjanjian yang telah kamu ikat dengan Dia ketika
kamu mengatakan:kami dengar dan kami taat" (Surah Al-Maidah:7)
Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga perkara yang mengiringi jenazah
iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali dan
yang kekal hanya satu sahaja, iaitu keluarga dan hartanya akan pulang danyang
tinggal hanyalah amalannya sahaja" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Apabila tetamu masuk kerumah maka dia masuk dengan rezekinya dan jika
keluar, dia membawa pengampunan dosa orang-orang rumah itu" (Riwayat Ad-Dailami
dari Anas r.a.)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahynng fardhu lima waktu, sembahyang
Jumaat ke Jumaat, puasa Ramadhan ke Ramadhan akan menghapuskan dosa-dosa
diantara jarak-jarak tersebut sekiranya dijauhkan daripada dosa-dosa besar"
(Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Siapa yang pada petang harinya berasa letih dari amal usaha yang
dilakukan dengan kedua tangannya sendiri, maka dia pada petang itu telah
diampunkan dosanya" (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Abbas r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan
menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian
yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak disukai dan
dikhuatirkan" (riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)
Allah s.w.t. berfirman "Dan kalau engkau tanya mereka: Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi dan menjadikan matahari dan bulan, nescaya mereka
akan mentakan 'Allah', jadi bagaimana pula kamu
berputar dari kebenaran" (Surah Al-Ankabut:61)
Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu, kemudian Kami bentuk
rupa kamu, kemudian Kami katakan kepada Malaikat:
Sujudlah kepada Adam" (Surah Al-A'raf:11)