Lurvely Fish

Thursday 22 March 2012

Etika Kehidupan


  • Bertolak ansurlah didalam pergaulan kerana ia adalah disenangi oleh manusia..
  • Berlapang dadalah dengan perangai manusia agar boleh hidup bersama..
  • Bersimpatilah dengan orang yang susah tanda hati mulia..
  • Bergembiralah dengan kesenangan orang, susah hatilah dengan kesusahan orang agar penyakit hasad dengki hilang..
  • Ringan tanganlah menolong orang, agar kita disenangi orang..
  • Senyum dan bermesralah di dalam pergaulan, itulah dia sedekah yang tidak meluakkan..
  • Janganlah selalu mengadu tentang kesusahan, maruah kita akan tercemar..
  • Janganlah tuntut hutang orang kepada kita, agar orang tidak risau dan tidak terganggu fikirannya..
  • Janganlah suka berhutang, fikiran kita tidak akan tenang..
  • Elakkanlah selalu bergaul dengan wanita ajnabi agar kita dihormati orang..
  • Jagalah perkataan kita ketika bercakap agar maruah orang tidak tercemar dan maruah kita dapat dijaga..
  • Kurangkan bergurau agar harga diri kita dipandang tinggi dan orang hormat kepada kita..
  • Janganlah ketawa terbahak-bahak sehingga hilang harga diri kita, inilah di antara etika didalam pergaulan bermasyarakat, kenalah kita selalu menjaganya agar kita selalu dipandang mulia, kalau setiap orang mengikut disiplin ini di dalam pergaulan, kasih sayang sentiasa berbunga, hidup aman, damai dan harmoni.......

No comments:

Post a Comment